FB Page & Personal Acc

20100814

Puasa jenis apakah anda?

nikmat yang saya ingin kongsi  hari ini
(yang sempat dapat saya recall tadi.)
merupakan nikmat ilmu yang saya dapati dari sebuah
tazkirah oleh penceramah dari utara ke kampung kami
dalam banyak yang dikongsikan beliau dalam sejam
selepas isyak tadi yang saya tertarik..
 
 jenis orang yang berpuasa:


sesungguhnya maksud puasa secara zahirnya adalah
menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar 
sehingga terbenamnya di senja hari

orang yang memenuhi syarat diatas ini merupakan
PANGKAT 0

hanya menahan lapar dan dahaga
tetapi tidak mendapat manfaat apa2 sepanjang Ramadhan


sesungguhnya mereka yang menahan lapar 
dan dahaga serta menutup pandangan,
percakapan,pendengaran
,mengawal kaki dan tangan serta anggota yang lain
melakukan ibadah dan menjauhi  maksiat


orang yang memenuhi syarat diatas ini merupakan
PANGKAT KHUSUS

satu ulama yang kita pernah belajar masa sekolah
yang kitabnya ada ul....din not sure
mengatakan mengumpat* sama teruk
dengan orang yang berzina 30x





sesungguhnya mereka yang merindui 
Ramadhan kerana mereka merindui
untuk beribadah di bulan yang paling mulia
hanyalah kerana ALLAH S.W.T.
bukanlah kerana Ramdahan itu sendiri juga.

orang yang memenuhi syarat diatas ini merupakan
PANGKAT KHUSUS DARI YANG KHUSUS

SUBAHANALLAH!


*mengumpat: kita kata benda benar dibelakang orang tersebut
dan akan menimbulkan kemarahan orang tersebut walaupun benar
mengutuk:kita kata benda benar dan tambah dengan hiasan
fitnah dibelakang orang tersebut dan menimbulkan kemarahan.
menfitnah:kita kata benda salah yang sah2 
menimbulkan kemarahan dan 
diperkatakan dibelakang mahupu
n di depan orang tersebut.

No comments: